XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

MENUJU PUNCAK STPM P1 2015 : TARGET BAB 1




1.     HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Tanah
·        Sumber alam semulajadi-input bahan mentah spt hasil pertanian, hasil laut, petroleum, sumber hutan dsb
·        Lokasi  perniagaan-tempat menjalankan perniagaan
Buruh
·        Sumber manusia (fizikal/mental), mahir/tdk mahir
·        Utk tukar input kpd output
Modal
·        Apa sahaja bentuk input yang digunakan untuk proses ekonomi bagi menghasilkan keuntungan ekonomi dan daya pengeluaran .  Termasuk dalam modal ialah wang , peralatan, mesin dan lain-lain aset.
·        Sumber kekayaan utk hasilkan lebih kekayaan
·        Wang-utk beli aset, belanja operasi
Keusahawanan
·        Kebolehan/kemahiran gembleng faktor pengeluaran
·        Kreatif/inovatif hasilkan produk
·        Sanggup hadapi risiko perniagaan
Teknologi
·        Perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.

2.     BERDASARKAN CONTOH PERNIAGAAN PERCETAKAN BUKU, JELASKAN INPUT YANG TERLIBAT DALAM PROSES PERNIAGAAN PERCETAKAN TERSEBUT.[6]- [KBAT]

Definisi input:
        Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan untuk menjalankan proses pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kaitan input dengan perniagaan percetakan buku:
bagi perniagaan percetakan buku, input yang diperlukan ialah:
q  Modal kewangan diperlukan untuk membeli semua bahan mentah, mesin dan peralatan, membayar gaji pekerja (modal insan), dan membayar semua kos termasuk kos tetap dan kos berubah semasa proses perniagaan dan pengeluaran.
q  Bahan mentah seperti kertas, dakwat pencetak, dan semua bahan langsung.
q  Modal insan iaitu para pekerja terlatih yang mahir yang  akan menjalankan operasi harian secara langsung dan juga para pekerja terlatih yang mahir yang akan mengendalikan mesin dan peralatan serta segala teknologi yang digunakan dalam proses percetakan buku.
q  Semua Teknologi seperti mesin dan peralatan yang berteknologi tinggi akan diperlukan untuk digunakan semasa proses percetakan buku.





  1. Dengan bantuan rajah, jelaskan proses perniagaan  bagi sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran. [20]
 CALON PERLU LUKIS RAJAH DAHULU..

 


PROSES
HURAIAN
CONTOH
Input
        Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan mainan kanak-kanak iaitu buruh, tanah, modal, teknologi dan keusahawanan
        Untuk menghasilkan mainan kanak-kanak bahan mentah seperti besi, cat, plastik dan lain-lain diperlukan
Proses tambah nilai
        Melalui proses transformasi  input ditukar kepada menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi
        Segala bahan mentah yang diperlukan dalam pengeluaran mainan kanak akan ditambah nilai untuk dijadikan mainan kanak-kanak yang siap atau separuh diap
Output
        Merujuk kepada hasil daripada proses tambah nilai dan transformasi
        Alat permaianan interaktif untuk kanak-kanak merupakan outputnya
Proses pemasaran
        Urusniaga yang akan berlaku antara syarikat dengan pelanggan
        Melibatkan  pemilihan campuran pemasaran yang sesuai
        Alat permainan akan diberi nama, diletakkan harga yang sesuai, dihantar ke kedai yang akan menjadi pengedar dan dibentuk promosi yang sesuai.
Untung/rugi
        Untung ialah lebihan hasil ke atas kos
        Rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos
        Sekiranya kos untuk menghasilkan seunit alat permainan ialah RM15, dan harga jualan yang diletakkan ialah RM45, syarikat akan mendapat keuntungan sebanyak RM30 di atas seunit alat permainan tersebut.


4.     JELASKAN PENGARUH PERSEKITARAN UMUM TERHADAP SESEBUAH ORGANISASI PERNIAGAAN. [20M]

PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARAN
DEFINISI
BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI?
Ekonomi
Keadaan/Sistem Ekonomi
Kuasa beli/harga brg
Dinamik Pasaran/Risiko
·        Prestasi ekonomi-baik/buruk..
·        Sistem ekonomi yg diamalkan..kapitalis/sosialis
·        Harga brg-mahal/murah
·        Kadar tukaran wang-menarik/tdk
·        Sistem kewangan/bank- efisyen/lembab
Sosiobudaya
Nilai budaya sosial/etika
Perubahan populasi
Tanggungjawab sosial
·        Budaya unik..pelbagai agama/adat resam/perayaan
·        Sikap/minat, golongan muda/tua...beza citarasa
·        Taraf hidup...kaya/miskin/bandar/luar bandar
·        Demografi / populasi menentukan permintaan
·        Kepercayaan/Agama/Adat/Nilai mempengaruhi produk atau perkhidmatan yang                                                                            ditawarkan agar tidak menyinggung pengguna
·        Perubahan gaya hidup  boleh menggalakkan penawaran produk baru
·        Cita rasa pengguna mempengaruhi  produk yang ditawarkan
Politik & Perundangan
Keadaaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian
·        Bergantung kpd sistem politik yg diamalkan- komunis/kapitalis
·        Undang2 yg ketat-perlindungan hak cipta
·        Kestabilan politik
·        Galakan kerajaan
Persaingan & Jaringan
Persaingan, jenis struktur pasaran, dan persaingan harga, produktiviti dan persaingan antarabangsa.
Jaringan membawa maksud pakatan strategik atau hubungan perjanjian formalyang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk/ memasarkannya di pasaran.

·        Bergantung kpd jenis persaingan-jika tulen-harga akan rendah tapi perlu jaga kualiti
·        Menggalakkan inovasi  terhadap produk dan perkhidmatan
·        Meningkatkan kualiti
·        Meningkatkan kecekapan / produktiviti
·        Mengurangkan kos

Teknologi
Sebarang perubahan penggunaan sains
·        Memudahkan & percepatkan capaian maklumat
·        Prosedur kerja lebih mudah/cepat
·        Jimat kos penggunaan buruh
Antarabangsa
Perbezaan sosiobudaya, perbezaan citarasa, sekatan kerajaan
·        Perubahan dalam ekonomi dunia (peningkatan/ kemerosotan)
·        Kenaikan/penurunan harga bahan mentah dunia Perubahan cita rasa penduduk  negara luar
Prasarana/Fizikal
Kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan), tenaga (minyak, elektrik, dll), sumber semulajadi, pencemaran alam, dan ekologi.
·        Pengangkutan yg cekap akan cepatkan penghantaran brg
·        Kemudahan perhubungan yg baik akan percepatkan proses perniagaan
·        Kemudahan pergudangan
·        Kemudahan Air dan letrik
·        Kekayaan sumber semulajadi
KEPENTINGAN PERSEKITARAN FIZIKAL TERHADAP PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Fakta
Huraian fakta
Kepentingan
Pengangkutan
Keretapi, jalan raya, pelabuhan
§ Pengangkutan yang cekap mengekal kesegaran barangan
§ Kos yang murah
Perhubungan
Telefon, internet
§ Untuk memesan/menjual
§ Untuk komunikasi
Utiliti
Air, elektrik
§ Bekalan air dan elektrik yang berterusan
§ Voltage yang stabil untuk industri mikrocip
§ Kandungan klorin dalam bekalan air menjejaskan perwarnaan produk seperti kain
Zon Perdagangan
§ Segala infrastruktur yang disediakan
§ Binaan kilang
§ Kawasan perdagangan bebas cukai
§ Berhampiran dengan pelabuhan
§ Pengecualian cukai
§ Insensif pengeluaran/jualan
§ Pemberian taraf perintis
§ Inland port – pihak kastam mengenakan cukai tanpa perlu pemunggahan barang
§ Kemudahan infrastruktur
Pembangunan setempat/ciri-ciri budaya fizikal
§ Kawasan perumahan yang selesa
§ Wujud kedai-kedai (perniagaan)
§ Memudahkan pengguna
§ Balai bomba, balai polis, kuil, masjid, hospital dan sekolah






5.     JELASKAN HUBUNGAN ANTARA PENGARUH DAN TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN. [20M]



PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)
PIHAK
DEFINISI
BAGAIMANA PIHAK INI MEMPENGARUHI?
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN?
APA YG PIHAK INI DAPAT DARI PERNIAGAAN?
Pelanggan
Pembeli produk
·   Perubahan citarasa -pengaruhi  jenis keluaran/harga/kualiti produk
·   Ikut citarasa/kehendak  pelanggan
·   Jaga kualiti/harga/mutu
·   Beri maklumat benar
·  Mendapat barang & perkhidmatan yang  berkualiti
·  Mendapat pelbagai pilihan produk
·  Mendapat produk yang selamat digunakan
·  Mendapat harga yang berpatutan
·  Mendapat kuantiti barangan yang mencukupi
Pembekal
Bekalkan INPUT/
Bhn Mentah
·   Bekalan yg berterusan & cekap – pengaruhi kejayaan sykt
·   Bayar hutang ikut tempoh
·   Ikut perjanjian jual beli

·  Dapat membekal bahan mentah/input
·  Mendapat keuntungan
·  Mendapat bayaran tepat masa/untuk menjamin kecairan modal
·  Kemandirian(survival)/dapat terus beroperasi
·  Mendapat maklumat daripada perniagaan untuk meningkatkan kualiti produk
Pesaing
Penjual produk serupa & di tempat sama
·   Persaingan harga/kualitiperlu buat inovasi terhdp produk
·   Amalkan persaingan sihat
·   Tdk cemarkan nama pesaing
·  Menggalakkan inovasi produk
·  Sumber idea
·  Menjadi penanda aras harga dan kualiti
·  Strategi pemasaran yang dapat bersaingan
Pembiaya/
Pemodal
Pemberi pinjaman & modal
·   Sumbangan modal/pinjaman tinggi-bolehkan pembesaran perniagaan
·   Bayar hutang ikut syarat
·   Beri pulangan/dividen  yg baik
·   Bekalkan maklumat yg diperlukan
·  Mendapat dividen atau keuntungan
·  Peluang pelaburan yang menguntungan
·  Menambah kekayaan
Pekerja/
Modal Insan
Tenaga buruh mental & fizikal
·   Pekerja yg berkemahiran/baik-   dpt tingkatkan produktiviti
·   Semangat kerjasama/motivasi -      bantu perniagaan capai matlamat
·   Sediakan suasana tempat kerja yg baik
·   Jaga kebajikan/adil/hormati idea pekerja
·  Mendapat pekerjaan
·  Mendapat upah dan gaji
·  Mendapat faedah pekerjaan
·  Mendapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman
·  Mewujudkan jalinan sosial/kumpulan kerja
Kerajaan
Penguatkuasa undang2
·   Cukai yg tinggi- untung akan kurang
·   Pewujudan tanggjwb sosial- aktiviti perniagaan akan terjejas/terbatas
·   Jalankan perniagaan ikut peraturan
·   Daftar perniagaan- ada lesen
·   Bayar cukai kpd kerajaan
·  Mendapat hasil/cukai
·  Mengatasi masalah pengangguran/masalah sosial
·  Mengurangkan perbelanjaan pembinaan infrastruktur
·  Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Masyarakat
Pengguna Produk
·        Perubahan cita rasa  masyarakat
·        Perubahan terhadap keperluan baru masyarakat-perniagaan perlu lebih prihatin
·        Pertambahan kuasa beli masyarakat
·   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
·   Membantu mengurangkan beban masyarakat Menambahbaik kemudahan dan kebajikan
·   Dapat memenuhi keperluan dan kehendak
·   Dapat sumbangan kebajikan
·   Dapat mengggunakan kemudahan infrastruktur yang disumbangkan oleh perniagaan.


  1. JELASKAN LIMA JENIS PERNIAGAAN YANG BERASASKAN PERKHIDMATAN.[15]

AKTIVITI PERNIAGAAN
HURAIAN
CONTOH
Runcit
Aktiviti perniagaan runcit ialah perniagaan yang melibatkan penjualan barang secara langsung kepada pelanggan akhir untuk kegunaan peribadi.
Contoh perniagaan runcit ialah Kedai Runcit Gmart, Seven Eleven dan sebagainya.
Borong
Aktiviti perniagaan borong melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan kepada penjual untuk kegunaan perniagaan.
Contoh perniagaan pemborongan ialah Pasaraya Mydin, Syarikat Pemborong Din Brothers.
Kewangan

Aktiviti perniagaan kewangan menyediakan pinjaman jangka pendek, jangka panjang dan kemudahan pinjaman bayaran kepada pelanggan.              

Contoh pernaigaan berasaskan perkhidmatan kewangan ialah Institusi bank dan syarikat kewangan.

Profesional

Perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional menawarkan perkhidmatan yang khusus dan individu yang terlibat biasanya memiliki kemahiran dan kepakran berkaitan bidang yang diceburi

Contoh perniagaan perkhidmatan ialah seperti perkhidmatan peguam, doktor, dan audit.

Perhotelan

Perkhidmatan perhotalan menawarkan perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman serta perkhidamatan reakrasi atau istirehat kepada pelancong.

Contoh perniagaan berasaskan perhotelan ialah Hotel Sri Malaysia, Hotel Vistana, dan sebagainya.

3 comments:

Anonymous August 5, 2016 at 7:55 PM  

bolehkah tanya yang mana persekitaran umum dipadankan dengan persekitaran fizikal?

ANDRAINO ADAMS January 5, 2020 at 10:38 PM  

Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

Unknown October 8, 2020 at 10:43 AM  

Nice joo

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com